0%
Caution: JavaScript execution is disabled in your browser or for this website. You may not be able to answer all questions in this survey. Please, verify your browser parameters.

CADANGAN DAN MAKLUMBALAS KEPADA MAJLIS PENASIHAT PERTANIAN NEGARA (MPPN)

Adakah anda mempunyai sebarang cadangan/isu yang ingin diutarakan kepada Majlis Penasihat Pertanian Negara untuk memantapkan sektor pertanian negara?

PENUBUHAN MAJLIS PENASIHAT PERTANIAN NEGARA

Pada 30 Mei 2018, Mesyuarat Jemaah Menteri telah bersetuju supaya Majlis Penasihat Pertanian Negara ditubuhkan di bawah kendalian Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA). Bagi tujuan tersebut satu majlis penasihat dibentuk untuk menasihati dan memberikan syor kepada YB Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkaitan hal-hal melibatkan sektor pertanian dan agromakanan.

MPPN merupakan majlis khusus yang berperanan sebagai badan penasihat (advisory) yang mewakili pelbagai pihak yang berkepentingan untuk berbincang serta membantu untuk mengenal pasti dan mencadangkan hala tuju sektor pertanian khususnya berkaitan sekuriti makanan supaya seiring dengan keperluan semasa. Majlis adalah badan penasihat dan bukan merupakan badan yang membuat keputusan.

Antara skop dan bidang tugas MPPN adalah:

  1. Mengenal pasti dasar, pendekatan dan strategi baharu bagi meningkatkan sekuriti makanan;

  2. Mengenal pasti pembangunan pertanian negara secara mapan melalui penggunaan sumber secara optima dan berkonsepkan circular economy;

  3. Mencadangkan hala tuju kegiatan penyelidikan dan pembangunan (R&D) pertanian secara pengkomersialan hasil serta inovasi penyelidikan;

  4. Mencadangkan inisiatif dan program bagi meremajakan (rejuvenate) sektor pertanian;

  5. Mengenal pasti intervensi Kerajaan bagi mencapai objektif yang disasarkan seperti penggunaan teknologi terkini, pembiayaan kredit dan aktiviti pertanian yang mempunyai nilai tambah yang tinggi bagi menjadikan sektor pertanian sebagai penyumbang utama pertumbuhan ekonomi;

  6. Mengenal pasti langkah dan pendekatan bagi meningkatkan daya saing dan eksport hasil pertanian negara;

  7. Mengenal pasti isu dan masalah serta cadangan penyelesaian dalam usaha menarik pelaburan swasta bagi mengkomersialkan pengeluaran pertanian dan pembangunan industri asas tani; dan

  8. Mengenal pasti keberkesanan pelaksanaan Dasar Agromakanan Negara (DAN) 2011-2020 dan mencadangkan hala tuju serta input bagi pembangunan DAN 2.0 (2021-2030).